Thursday 16 October 2014

Tips Asas Banyakkan Susu Ibu

Selain daripada berusaha melakukan power pumping untuk menggalakkan penghasilan susu, anda perlu berterusan mengamalkan tips berikut tanpa culas.

Pam atau Susukan Bayi Setiap Dua ke Tiga Jam


Susu ibu terhasil berdasarkan konsep penawaran dan permintaan. Oleh sebab itulah, apabila kerap diminta, lebih banyak susu mampu dihasilkan. Ada andaian yang menyatakan susu akan kering apabila payudara terlalu kerap dikosongkan. Itu tidak benar. Sebetulnya, lebih kerap payudara dikosongkan melalui penyusuan langsung atau pengepaman, ia merangsang otak dan tubuh untuk menghasilkan lebih banyak susu bagi memastikan keperluan bayi dapat dipenuhi dengan baik.

Usah Tunggu Sehingga Penuh


Bagi yang bekerja, buangkan persepsi bahawa anda hanya boleh mengepam susu apabila payudara mula terasa penuh. Salah cara anda itu ! Anda harus didik diri untuk menghasilkan susu pada suatu tempoh tertentu. Oleh sebab itu, anda digalakkan untuk mengepam ketika ditempat kerja setiap dua ke tiga jam. Lakukannya secara tetap. Dengan yang demikian, otak dan tubuh sudah terbiasa dengan rutin ini dan akan berterusan menghasilkan susu untuk keperluan bayi.

Tandem Pumping


Hal ini dapat anda lakukan dengan mengepam sebelah payudara sambil menyusukan anak. Langkah ini dapat memaksimumkan penghasilan susu. Apabila susu dihasilkan pada sebelah kanan, secara automatiknya, payudara sebelah kiri turut menghasilkan susu apabila amalan tandem pumping selalu diamalkan.

Kebaikan Penyusuan Malam


Penyusuan yang kerap diwaktu malam terutamanya di awal pagi adalah baik kerana ketika ini hormon prolaktin banyak dihasilkan. Tambahan pula ketika ini, diri anda berada dalam keadaan tenang. Jadi, ia membantu anda melancarkan proses penghasilan susu.

Minum Air Masak Mencukupi


Adalah penting untuk anda memastikan tubuh mendapat bekalan cecair mencukupi setiap hari. bagi para ibu menyusu, anda disarankan minum sekurang-kurangnya tiga liter air setiap hari. Ia tidak kepada air kosong sahaja. Anda boleh mengambil susu, jus buah-buahan segar, sup atau apa jenis cecair yang berkhasiat. Hal ini penting untuk diberi perhatian kerana salah satu elemen utama dalam penghasilan susu ialah cecair.

Pengambilan Suplemen/Makanan Tambahan


Pengambilan suplemen bagi ibu menyusukan amat penting bagi meningkatkan imunisasi badan disamping meningkatkan produksi susu. Ibu yang menyusukan berkongsi zat pemakanan bersama bayi melalui susu yang diberikan. Jadi, pentingnya pengambilan suplemen agar badan sentiasa sihat dan tidak kekurangan zat.

Suplemen yang dicadangkan adalah :






Order sekarang ! Tingkatkan tahap kesihatan anda hari ini !

 

No comments:

Post a Comment

Sharing is Caring