Thursday 16 October 2014

Pemakanan Berkhasiat Sebelum Hamil

Usaha untuk menimang cahaya mata memerlukan anda memberi lebih perhatian kepada apa jua yang dimakan. Anda perlu memastikan tubuh bersedia untu "menerima" bayi yang bakal dikandungi. Hal ini bermaksud anda perlu pastikan tubuh dipenuhi dengan bekalan pelbagai jenis zat pemakanan.

B-Complex Shaklee






Zat pemakanan ini merupakan sesuatu yang sangat penting sebaik sahaja anda memutuskan mahu hamil. Ia sangat bermanfaat dalam membantu mengelakkan masalah kecacatan tiub neural pada bayi. Masalah ini menyebabkan bayi cacat di bahagian otak dan saraf tunjang.

Dua kecacatan biasa akibat masalah ini ialah spina bifida dan anencephaly. Bagi kecacatan spina bifida, tulang belakang janin tidak tertutup sepenuhnya ketika di bulan pertama kehamilan. Lazimnya, akan berlaku kerosakan saraf yang menyebabkan lumpuh di kaki. Sementara itu, anencephaly pula berlaku akibat otak tidak berkembang sepenuhnya. Bayi yang mengalami anencephaly  sama ada lahir mati atau mati sejurus selepas dilahirkan.

Bagi yang sedang mencuba untuk hamil, anda perlu meningkatkan pengambilan asid folik sehingga 400mg sehari untuk sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum hamil. Anda perlu mengambilnya lebih awal kerana pembentukan tiub neural bermula dari saat benih berjaya disenyawakan.Untuk yang mengambil B-Complex Shaklee, cukup hanya sebiji sehari selepas sarapan pagi.

Makanan yang kaya dengan asid folik termasuk bayam, asparagus, hati, brokoli, oat, jagung, betik, oren dan banyak lagi. Namun, adalah sukar untuk memastikan tubuh anda melengkapkan keperluan yang telah ditetapkan jika hanya bergantung kepada sumber makanan. Oleh sebab itulah, anda perlu mengambil suplemen asid folik seperti B-Complex Shaklee.



Zinc Complex Shaklee







Anda mungkin pernah dengar tentang makanan yang kaya dengan zink seperti tiram merupakan sumber makanan terbaik untuk merangsang kesuburan individu. Hal ini kerana zink adalah mineral penting yang membantu kesuburan da pembiakan manusia. Untuk hamil, tambahkan pengambilan zink dalam makanan harian. Anda boleh melakukannya dengan mengambil makanan-makanan seperti bijan, kekacang, kambing dan jangan lupa tiram juga. Bagi mencukupi keperluan zink di dalam tubuh badan anda, saya syorkan untuk mengambil Zinc Complex Shaklee bagi membantu kesuburan. Cara pengambilan adalah 2 biji setengah jam sebelum makan malam.

Vitamin C Shaklee






Untuk hamil, sudah tentu anda perlu kekal sihat. Vitamin C membantu anda menguatkan sistem imunisasi. Makanan yang tinggi kandungan Vitamin C termasuklah buah-buahan sitrus, kiwi, strawberi dan sayur-sayuran hijau. Memandangkan Vitamin C larut air, ia bererti tubuh anda tidak mampu menyimpannya. Jadi, anda perlu pastikan tubuh mendapat keperluan vitamin C yang cukup setiap hari. Bagi mendapatkan keperluan Vitamin C yang secukupkan untuk tubuh badan anda, saya syorkan pengambilan Vitamin C Shaklee sehari sebiji. Diambil selepas sarapan pagi.


Pemakanan yang berkhasiat sebelum dan semasa kehamilan adalah penting bagi tubuh badan untuk menampung keperluan di sepanjang kehamilan nanti.


Order sekarang ! Tingkatkan tahap kesihatan anda hari ini !

No comments:

Post a Comment

Sharing is Caring