Thursday, 2 October 2014

Vitamin Shaklee Untuk Kesihatan Ibu Hamil

Salam ceria semua.. Apa khabar agaknya hari ni? Ibu-ibu hamil seangkatan dengan saya sihat ? Yang dah 30 weeks macam saya ni mungkin bertambah-tambah sihatkan hehe... Rasa berat je badan ni dah bergerak. Ni la pengalaman berharga yang tak semua wanita dapat rasa dan setiap ibu hamil punya pengalaman yang berbeza-beza semasa menempoh perjalanan kehamilan sepanjang 9 bulan 10 hari kan.

Nak tanya la.. ada tak ibu-ibu hamil diluar sana yang pernah demam semasa hamil? Apa yang anda lakukan? Makan ubat apa? Selalunya ubat dari klinik ni tak digalakkan pengambilannya kan. Macam saya last two weeks tiba-tiba badan rasa lain macam. Tekak rasa perit, mata berair je.. Tu memang tanda-tanda nak demam. Bagitau encik suami, dia ajak pergi klinik je. Risau isterinya demam. Saya cuba tenang dulu... minum air masak banyak-banyak. Maybe demam sebab keadaan cuaca yang tidak menentu. Kejap-kejap panas, kejap-kejap hujan.. Imuniti badan pulak kongsi dengan baby. Then lepas solat asar, makan petang sikit.. saya ambil 2 biji vitamin C Shaklee dan 2 biji B-Complex Shaklee. 2 vitamin ni sangat sesuai untuk ibu-ibu hamil dan boleh dimakan sepanjang tempoh kehamilan dan selepas kehamilan. Malamnya pula, saya makan 4 biji Ostematrix Shaklee dan sebiji Omega Guard Shaklee. Ostematrix memang wajib ambil sebab saya tak boleh minum susu pregnant kali ni. Lagi pun bagusnya Ostematrix ni sebab kandungannya iaitu kalsium, magnesium, vitamin D, fosforus, zinc, manganes dan boron. Semua ni berfungsi menguatkan tulang dan gigi serta mengelakkan ibu hamil daripada tarik mengkarung. Selain daripada tu, Ostematrix juga mampu mengurangkan sakit ketika bersalin. Fakta yang ini saya dapat dari kawan yang baru bersalin sebab dia pelik bersalin kali ni mudah dah kurang sakit. Bila ditanya pada doktor, doktor kata pengambilan kalsium dan magnesium sepanjang kehamilan mampu mengurangkan kesakitan ketika bersalin. Alhamdulillah..

Ok, jom saya kongsikan apa manfaat utama pengambilan Vitamin C dan B-Complex untuk ibu hamil ketika demam.

 
 

Manfaat Utama Vitamin C Shaklee

  • Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
  • Menguatkan struktur gigi dan gusi
  • Membina kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
  • Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
  • Membantu proses penghadaman dan penyerapan zat besi
  • Individu yang stress, penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C bagi membantu mengembalikan hormon stress
  • Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan "oxidation"  terhadap kolestrol jahat
  • Membantu memulihkan selsema, resdung dan bersin waktu pagi
  • Bertindak sebagai "Protector Gate" - setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air




Manfaat Utama B-Complex Shaklee

  • Menguatkan antibodi dan imuniti tubuh badan 
  • Menambah tenaga dan membantu meningkatkan kemampuan berfikir
  • Mencegah anemia
  • Membantu proses pembaikan sel darah merah
  • Membantu untuk mengelakkan sawan, stress dan membantu mengatasi keletihan

Pada ibu-ibu hamil yang demam, cuba elakkan dari mengambil ubat-ubatan dari klinik dan amalkan pengambilan suplemen yang semestinya terbaik untuk kesihatan tubuh badan anda dan bayi. InsyaAllah kesannya bukan untuk sehari dua, tetapi untuk selamanya.


Order sekarang ! Tingkatkan tahap kesihatan anda hari in !



 

No comments:

Post a Comment

Sharing is Caring